SELAMAT DATANG
Salam satu Malaysia, Satu aspirasi mahasiswa bersatu,
Laman blog ini merupakan Laman Blog Rasmi Majlis Penghuni Desasiswa Murni USM Kampus Kesihatan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga segala maklumat berkaitan Desasiswa Murni & MPDM dapat disampaikan dengan berkesan melalui blog ini. Sebarang maklumat aktiviti dan perancangan MPDM akan dikemaskini setiap masa melalui blog ini untuk memudahkan penghuni merujuk dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih
Pengumuman MPDM
- Permohonan penginapan bagi Sidang Akademik 2010/2011 akan bermula pada 4 Mac 2010 jam 10.00 pagi dan akan tamat pada 24 Mac 2010.
- Keputusan akan diumumkan bermula pada 1 April 2010 jam 9.00 pagi melalui portal Kampus Sejahtera.
- Sekiranya anda ditawarkan penginapan, anda diwajibkan membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran penginapan bermula 1 hingga 11 April 2010.
- Sekiranya tiada pengesahan dibuat sehingga tamat tempoh penawaran iaitu 1 hingga 11 April 2010, pihak Jawatankuasa menganggap anda tidak berminat dan tawaran tersebut dianggap tertolak secara otomatik.
- Pelajar yang telah mengesah dan menerima tawaran tetapi kemudiannya menarik diri sebelum semester bermula dengan mengemukakan alasan bertulis, tidak akan dikenakan apa-apa sewaan.
- Pelajar yang telah mengesahkan penerimaan dan telah menginap di desasiswa selepas semester bermula, kemudian menarik diri dari menginap, pelajar tersebut akan dikenakan bayaran sewaan penuh satu semester.
kepada semua pengarah projek. sila hantar laporan kejayaan projek kepada BHEPP sebelum 24 Februari 2010. sesiapa yang tidak hantar tidak akan mendapat merit.
Pihak mpdm dengan kerjasama desasiswa murni telah menjalankan satu aktiviti iaitu mengedarkan buah limau ke setiap penghuni desa murni sebagai pemberian sempena tahun baru Cina.
Picture courtesy from http://www.zulva.com/images/chinese_new_year/
Warga MPDM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut agama Buddist.
MPDM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penghuni DESASISWA MURNI yang telah menyumbang sedikit derma untuk
MANGSA GEMPA BUMI DI KEPULAUAN HAITI.
Jumlah yg berjaya dipungut ialah sebanyak:
RM 501.45
JADI PIHAK KAMI INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH
DI ATAS SUMBANGAN TERSEBUT.
Sumbangan anda amat dihargai
~Barisan MPDm 09/10

meh la join lawatan ke bukit gambang resort.. konfem bes... huhu... sebarang pertanyaan bleh la kol kami yang in charge..
Tarikh: 25,26,27 Februari 2010 Tempat: Bukit Gambang Waterpark dan sekitar Kuantan Penginapan: Apartment Bukit Gambang Waterpark + breakfast Aktiviti: 1) Jungle Trekking 2) Waterpark 3) Santai di sekitar Kuantan Bayaran: RM 145 Penyertaan: Semua pelajar yang berdaftar di USMKK Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Syakirah Md Taib ( Medik 2) 017 9791404.. Nurhidatun (Biomedik 3)012 8496894.. Norshuhada (KPP2)017 3989322.. Kumareswaran (Biomedik 2) 017 6944603
Program: International Service Learning Trip ke Universitas Indonesia
Tarikh: 30 Mac- 02 April 2010
Tempat: Jakarta, Indonesia
Program ini merupakan program pengantarabangsaan pelajar yang ulung-ulung kali diadakan oleh Majlis penghuni Desasiswa Murni (MPDM). MPDM merupakan satu majlis penghuni yang ditadbir oleh pelajar yang tinggal di Desasiswa Murni, Universiti Sains Malaysia.
Tujuan: Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar terutamanya penghuni Desasiswa Murni bagi mendapatkan peluang dan pengalaman berinteraksi dengan pelajar luar negara. Program ini dilihat mampu untuk membuka minda pelajar ke tahap/kelas yang lebih tinggi seiring dengan kehendak universiti dan keperluan pasaran pekerjaan sekarang.
Aktiviti: Pelbagai aktiviti akan dijalankan bersama pelajar UI (Universitas Indonesia). Antaranya ialah
a) Sesi dialog umum
b) Perlawanan sukan persahabatan
c) Malam kebudayaan
d) Sesi ramah mesra
e) Lawatan pusat pengajian
f) dll (dalam perancangan)
Penglibatan: Program ini melibatkan seramai 21 penghuni Desasiswa Murni yang merangkumi ketiga-tiga pelajar Pusat pengajian USMKK yang ditemuduga oleh penggawa dan penolong penggawa.
Penajaan: Program ini melibatkan jumlah kos yang tinggi dan memerlukan kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Bagi pihak yang ingin salurkan bantuan @ penajaan, bolehlah berhubung dengan:
a) Pengarah Projek: Muhammad Rausyan (019-4421379/ rausyanabdrahman@yahoo.com.my)
b) Bendahari Projek: Nadzirah Salha (019-4420892)/ nazilha_butterfly89@yahoo.com.my)
c) Ketua Exco Penajaan: Syakirah (017-9791404 /akukirah@yahoo.com)
No Fax: +6(09) 765 7264
'Memastikan kelestarian hari esok'
'Melahirkan pelajar minda kelas pertama'
sekian, terima kasih
~Barisan Hicom & Exco ISLT 09/10