SELAMAT DATANG

Salam satu Malaysia, Satu aspirasi mahasiswa bersatu,

Laman blog ini merupakan Laman Blog Rasmi Majlis Penghuni Desasiswa Murni USM Kampus Kesihatan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga segala maklumat berkaitan Desasiswa Murni & MPDM dapat disampaikan dengan berkesan melalui blog ini. Sebarang maklumat aktiviti dan perancangan MPDM akan dikemaskini setiap masa melalui blog ini untuk memudahkan penghuni merujuk dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih

Pengumuman MPDM


Masalah Air : Minta kerjasama para penghuni supaya mengumpulkan bahan bukti untuk masalah air. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian Terima kasih.

Masalah Papan Kenyataan : Minta kerjasama semua penghuni dan persatuan supaya menggunakan papan kenyataan dengan berhemat serta menurunkan pengumuman atau iklan yang akitivitinya telah dijalankan. Satu pengemasan papan kenyataan akan dijalankan tidak lama lagi. Tindakan akan diambil untuk mereka yang menyalahguna papan kenyataan. Harap maklum.





_______________________________________











'ISLT' 0910

Program: International Service Learning Trip ke Universitas Indonesia Tarikh: 30 Mac- 02 April 2010 Tempat: Jakarta, Indonesia Program ini merupakan program pengantarabangsaan pelajar yang ulung-ulung kali diadakan oleh Majlis penghuni Desasiswa Murni (MPDM). MPDM merupakan satu majlis penghuni yang ditadbir oleh pelajar yang tinggal di Desasiswa Murni, Universiti Sains Malaysia. Tujuan: Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar terutamanya penghuni Desasiswa Murni bagi mendapatkan peluang dan pengalaman berinteraksi dengan pelajar luar negara. Program ini dilihat mampu untuk membuka minda pelajar ke tahap/kelas yang lebih tinggi seiring dengan kehendak universiti dan keperluan pasaran pekerjaan sekarang. Aktiviti: Pelbagai aktiviti akan dijalankan bersama pelajar UI (Universitas Indonesia). Antaranya ialah a) Sesi dialog umum b) Perlawanan sukan persahabatan c) Malam kebudayaan d) Sesi ramah mesra e) Lawatan pusat pengajian f) dll (dalam perancangan) Penglibatan: Program ini melibatkan seramai 21 penghuni Desasiswa Murni yang merangkumi ketiga-tiga pelajar Pusat pengajian USMKK yang ditemuduga oleh penggawa dan penolong penggawa. Penajaan: Program ini melibatkan jumlah kos yang tinggi dan memerlukan kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Bagi pihak yang ingin salurkan bantuan @ penajaan, bolehlah berhubung dengan: a) Pengarah Projek: Muhammad Rausyan (019-4421379/ rausyanabdrahman@yahoo.com.my) b) Bendahari Projek: Nadzirah Salha (019-4420892)/ nazilha_butterfly89@yahoo.com.my) c) Ketua Exco Penajaan: Syakirah (017-9791404 /akukirah@yahoo.com) No Fax: +6(09) 765 7264 'Memastikan kelestarian hari esok' 'Melahirkan pelajar minda kelas pertama' sekian, terima kasih ~Barisan Hicom & Exco ISLT 09/10

.::PADU 2010::.

Setinggi Penghargaan dan Tahniah kepada Pasukan Pantun Desasiswa Murni 2010 kerna telah merangkul tempat keempat dalam Pertandingan Berbalas Pantun Antara Desasiswa USM (PADU) pada 22-24 Januari yang lalu di Kampus Induk, Pulau Pinang

akan datang.....

  • lawatan ke bukit gambang resort.........
  • mini temasya olahraga murni......

Pengikut