SELAMAT DATANG

Salam satu Malaysia, Satu aspirasi mahasiswa bersatu,

Laman blog ini merupakan Laman Blog Rasmi Majlis Penghuni Desasiswa Murni USM Kampus Kesihatan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga segala maklumat berkaitan Desasiswa Murni & MPDM dapat disampaikan dengan berkesan melalui blog ini. Sebarang maklumat aktiviti dan perancangan MPDM akan dikemaskini setiap masa melalui blog ini untuk memudahkan penghuni merujuk dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih

Pengumuman MPDM


Masalah Air : Minta kerjasama para penghuni supaya mengumpulkan bahan bukti untuk masalah air. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian Terima kasih.

Masalah Papan Kenyataan : Minta kerjasama semua penghuni dan persatuan supaya menggunakan papan kenyataan dengan berhemat serta menurunkan pengumuman atau iklan yang akitivitinya telah dijalankan. Satu pengemasan papan kenyataan akan dijalankan tidak lama lagi. Tindakan akan diambil untuk mereka yang menyalahguna papan kenyataan. Harap maklum.





_______________________________________











Pertukaran Blog baru MPDM 2010/2011

Blog rasmi bagi pihak MPDM sesi 2010/2011 telah pun dilancarkan
Sila tekan pautan berikut untuk masuk blog baru kami.
http://mpdm20102011.blogspot.com/
Segala kemaskini akan dibuat pada blog baru MPDM 2010/2011 selepas ini.
Harap maklum
bagi sesiapa yang belum join facebook fans page kita, boleh klik pautan di bawah dan join kita.
BERSAMA MEMACU KEGEMILANGAN

Ucapan Penggawa Desasiswa Murni

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas di atas perlantikan Ahli jawatankuasa Majlis Penghuni Desasiswa Murni (MPDM) sesi 2010/2011. Selain itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Biro Grafik dan Publisiti yang telah bertungkus-lumus untuk mengemaskini laman web MPDM ini.

Laman web ini akan menjadi satu media utama bukan sahaja di antara warga Desasiswa Murni, malah sangat berguna bagi seluruh warga USM. Saya berharap input/informasi yang terkini dan komprehensif di dalam laman ini amat dialu-alukan supaya dapat menyaingi perkembangan dunia ICT yang begitu pantas sekali. Akhir sekali, saya amat berharap supaya laman web MPDM akan menjadi wadah untuk berkongsi maklumat secara interaktif dalam kalangan penghuni Desasiswa Murni dan warga USM keseluruhannya.

Jadikanlah diri anda sebagai warga Desasiswa Murni yang aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiwa Murni khasnya dan Universiti Sains Malaysia amnya demi untuk menempah tempat di Desasiswa untuk sidang berikutnya serta memperolehi pelbagai pengalaman.

“Memastikan Kelestarian Hari Esok”

Sekian, Terima kasih

__________________

Dr.Rushdan Hj. Ismail

Penggawa Desasiswa Murni

Ucapan YDP MPD murni 2010/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai permulaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penggawa, Dr.Rushdan, penolong penggawa, Dr.Noreen dan pengurus desasiswa kerana memberi peluang memikul tanggungjawab sebesar ini.seterusnya saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada pengurus laman web Desasiswa Murni dan juga Biro dan Ajk Grafik dan Publisiti MPDM atas tenaga dan idea yang telah dicurahkan. Diharap dengan kewujudan laman ini, penghuni Desasiswa Murni dapat merapatkan hubungan dengan Majlis Penghuni Desasiswa Murni (MPDM) melalui penyampaian komen dan pendapat yang membina demi kecemerlangan kita semua.

Seterusnya, kami selaku organisasi yang telah diberi mandat untuk menjaga kebajikan setiap penghuni akan berusaha dengan sepenuh tenaga untuk menjaga kebajikan saudara dan saudari. Hal ini kerana kami amat mementingkan kebajikan penghuni selari dengan aspirasi MPDM sidang ini. Perkara ini melambangkan hasrat MPDM untuk bersama-sama penghuni, saling bantu-membantu untuk membawa kecemerlangan kepada desasiswa tercinta ini. Laman web ini juga dijadikan sebagai satu medium untuk pihak MPDM mengemaskini dan memaklumkan segala perkembangan aktiviti dan hebahan serta maklumat yang penting kepada penghuni.

Setakat ini, MPDM sudah mula melakukan perancangan dan memantau beberapa masalah yang perlu diselesaikan seperti masalah aduan dan juga kerosakan prasarana yang disediakan. Insyaallah, kami sedang berusaha dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan kualiti sistem dan menyelesaikan segala masalah yang melibatkan prasarana. Bukan sekadar itu, kami juga cuba mengorak langkah membawa satu transformasi hari esok. Merancang pelbagai aktiviti baru bagi meningkatkan produktiviti desasiswa kita.

“MPD adalah penghuni, penghuni adalah MPD”, Maka Marilah Mengubah Hari Esok Bersama.

____________

YDP MPD Murni 2010/2011

Nasrinsa Bin Shahul Hameed

Tahniah!

Tahniah kepada lantikan HICOM sidang MPDM sesi 2010/2011. Semoga dengan barisan kepimpinan yang baru, lebih banyak pembaharuan dan program yang menarik dapat dijalankan. Terdapat beberapa program sidang lepas yang tidak dapat dijalankan secara sempurna, semoga sidang baru dapat menyempurnakannya dengan baik. Adakan program yang menarik yang tidak pernah dijalankan sebelum ini untuk menarik perhatian penghuni dan mencipta sejarah anda sendiri sepanjang memegang tampok kepimpinan MPD. Kami mendoakan yang terbaik dan sekiranya terdapat cacat cela sepanjang kami memegang tampok kepimpinan MPDM 2009/2010, kami mohon maaf dan mengharapkan sidang baru tidak mengulangi kesilapan yang sama yang kami lakukan. Insya'Allah~!. . . . Ikhlas, Sidang MPDM 09/10 p/s: mengharapkan blogspot ini di'upgrade' oleh sidang MPDM 10/11

Malam Penghargaan MPDM

ISLeT Indonesia

MINI T0T 2010

Jom! Dapatkan Baju Desasiswa Murni anda sekarang!!!

PERMOHONAN PENDAFTARAN DESA

  • Permohonan penginapan bagi Sidang Akademik 2010/2011 akan bermula pada 4 Mac 2010 jam 10.00 pagi dan akan tamat pada 24 Mac 2010.
  • Keputusan akan diumumkan bermula pada 1 April 2010 jam 9.00 pagi melalui portal Kampus Sejahtera.
  • Sekiranya anda ditawarkan penginapan, anda diwajibkan membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran penginapan bermula 1 hingga 11 April 2010.
  • Sekiranya tiada pengesahan dibuat sehingga tamat tempoh penawaran iaitu 1 hingga 11 April 2010, pihak Jawatankuasa menganggap anda tidak berminat dan tawaran tersebut dianggap tertolak secara otomatik.
  • Pelajar yang telah mengesah dan menerima tawaran tetapi kemudiannya menarik diri sebelum semester bermula dengan mengemukakan alasan bertulis, tidak akan dikenakan apa-apa sewaan.
  • Pelajar yang telah mengesahkan penerimaan dan telah menginap di desasiswa selepas semester bermula, kemudian menarik diri dari menginap, pelajar tersebut akan dikenakan bayaran sewaan penuh satu semester.

perhatian!!!!

kepada semua pengarah projek. sila hantar laporan kejayaan projek kepada BHEPP sebelum 24 Februari 2010. sesiapa yang tidak hantar tidak akan mendapat merit.

Pengikut