SELAMAT DATANG

Salam satu Malaysia, Satu aspirasi mahasiswa bersatu,

Laman blog ini merupakan Laman Blog Rasmi Majlis Penghuni Desasiswa Murni USM Kampus Kesihatan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga segala maklumat berkaitan Desasiswa Murni & MPDM dapat disampaikan dengan berkesan melalui blog ini. Sebarang maklumat aktiviti dan perancangan MPDM akan dikemaskini setiap masa melalui blog ini untuk memudahkan penghuni merujuk dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih

Pengumuman MPDM


Masalah Air : Minta kerjasama para penghuni supaya mengumpulkan bahan bukti untuk masalah air. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian Terima kasih.

Masalah Papan Kenyataan : Minta kerjasama semua penghuni dan persatuan supaya menggunakan papan kenyataan dengan berhemat serta menurunkan pengumuman atau iklan yang akitivitinya telah dijalankan. Satu pengemasan papan kenyataan akan dijalankan tidak lama lagi. Tindakan akan diambil untuk mereka yang menyalahguna papan kenyataan. Harap maklum.





_______________________________________











PERTANDINGAN BLOK TERBAIK

UNTUK MAKLUMAN SEMUA PENGHUNI MURNI, PIHAK USM AKAN MENGADAKAN SATU PERTANDINGAN BLOK TERBERSIH DAN TERCANTIK DALAM MASA TERDEKAT INI.JADI DIMINTA AGAR KETUA BLOK DAN KETUA ARAS MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM PERKARA INI.PENGHUNI JUGA PERLULAH MEMBERIKAN KERJASAMA YANG YANG PENUH DALAM PERKARA INI.BERBAKTILAH KEPADA DESA KITA. AYUH, MARI BERSAMA KITA MEMACU KEGEMILANGAN DESASISWA MURNI.

DESIGN T-SHIRT.......

Majlis Penghuni Desasiswa Murni ingin menjual t-shirt..penghuni2 yang berbakat boleh la menghantar design2 kreatif anda ke emel seperti yang tertera di poster.... merit akan diberikan kepada sesiapa yang mengharta design t-shirt... " Bersama Memacu Kegemilangan"

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN SEMESTER PPSK

TEMPAT: MASJID USMKK MASA: LEPAS MAGHRIB TARIKH: 30 OKTOBER 2009 (JUMAAT) ANJURAN : EXCO KEROHANIAN MPDM DAN MPDN

SENARAI NAMA TERBARU YANG BERJAYA TERPILIH KE BAKTI SISWA PERDANA 2009

** Sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BAKTI SISWA PERDANA, sila hubungi atau sms kepada : PHANG :017-5642800/016-4129281 atau RAUSYAN: 019-9579702 27hb Oktober 2009, Selasa, jam 8.30mlm ada sesi pengambaran bagi semua perserta BAKTI SISWA untuk kad nama anda. Semua diwajibkan hadir.... Segala pengumuman mengenai BAKTI SISWA PERDANA akan disampaikan melaui blogspot ini.... HARAP MAKLUM...

BAKTISISWA PERDANA 09'

.::Bengkel Penjenamaan USM::.

PERHATIAN!!!!! AKTIVITI PADA 28 HB DITUNDA KEPADA 29HB...JADI ANDA PERLU DATANG PADA 29HB JAM 2.30 PETANG.......HARAP MAKLUM.....

Pengenalan logo MPDM

2 Orang melambangkan persepakatan menuju kegemilangan.
Bintang melambangkan kegemilangan yang akan dikecapi.
Gegelung melambangkan ikatan yang erat antara penghuni-penghuni tanpa adanya sikap pentingkan diri sendiri.
Bersama Memacu Kegemilangan dipilih sebagai moto untuk logo MPDM selaras dengan kelestarian universiti.
Warna jingga melambangkan keharmonian yang wujud di desasiswa Murni.
Warna merah hati melambangkan keberanian dan keikhlasan dalam melakukan tugas.
Warna kuning melambangkan taat setia kepada pemimpin. Warna pink merujuk kepada revolusi (perubahan) yang perlu ada dalam sanubari kita untuk berjaya.

.::Makluman::.

1.Pihak desasiswa Murni menerima banyak rungutan mengenai kotak-kotak yang diletakkan di koridor dalam desasiswa. Minta kerjasama penghuni untuk membersihkan kawasan koridor bilik anda dan memjaga kekemasan desa. 2. Pihak desa juga memberi peringatan kepada semua penghuni agar tidak menjemur pakaian didalam blok kecuali tempat-tempat yang sudah disediakan. 3 .Syampu dan sabun mandian juga ditegah dari ditinggalkan dalam tandas atau pantri 4. Para penghuni juga diminta untuk memberi kerjasama agar TIDAK MEMBELA KUCING ATAU MEMBERI MAKAN KEPADA KUCING. MANA-MANA PENGHUNI YANG DITANGKAP BERBUAT DEMIKIAN, AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB (Picture from:http://www.clker.com/clipart-11806.html)

.::Himpunan 1 Siswa 1 Malaysia::.

Tarikh: 22-24 Oktober 2009 Tempat: Kem Kisana, Pasir Puteh, Kelantan Sesiapa yang berminat boleh hubungi exco sukan & rekreasi @ emelkan nama, ic, no matrik & kos pengajian di mpdm20092010@gmail.com Merit @ T-shirt diberi!

.::Selamat Hari Deepavali:::.

MPDM ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali (17 Oktover 2009) kepada semua penganut agama Hindu di USM
http://jemima.wordpress.com/2006/10/19/the-colour-of-friendship/

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

KEPADA SEMUA PENGHUNI DESASISWA MURNI, KAMI PIHAK MPDM 09/10 INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER BAGI PPSK DAN UJIAN SELANJAR BAGI PPSP DAN PPSG. MOGA ANDA MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG MEMBERANGSANGKAN.INSYAALLAH.........

.::DERMA KILAT UNTUK MANGSA BANJIR DI PADANG, INDONESIA::.

PADA TANGGAL 7 OKTOBER 2009, MPDM TELAH MENJALANKAN SATU PUNGUTAN DERMA UNTUK MANGSA BANJIR KILAT DI PADANG, INDONESIA. HASIL SUMBANGAN IKHLAS SELURUH PENGHUNI DESASISWA MURNI, KITA TELAH BERJAYA MENGUMPUL DANA SEBANYAK RM 741.65 UNTUK MANGSA-MANGSA TERSEBUT. JADI PIHAK KAMI INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN TERSEBUT.

.::Majlis Tilawah A-Quran::.

Tahniah & Setinggi Penghargaan diucapkan kepada:~ Norsubhillaili (dietetik 02) Kerana telah merangkul hadiah tempat kedua Qariah Sempena Pertandingan Tilawah Al-Quran USM pada 2-3 Oktober di USM Kampus Kejuruteraan

.::Carta Organisasi MPDM::.

.::Pengagihan Kurma sempena Ramadhan Al-Mubarak::.

Pada 14 September yang lalu, MPDM telah berjaya menjalankan program pengagihan kurma sempena Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Warga Desasiswa Murni. Sebanyak 17 kg kurma telah diagihkan sama-rata kepada semua penghuni desa sebagai satu madah untuk mengeratkan hubungan sesama penghuni desa dan memperkenalkan barisan MPDM yang baru sesi 2009/2010. Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan sesama MPDM disamping menyemai hubungan kerjasama antara ahli. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih jayanya lagi.Insyaallah.

.::Sambutan Hari Raya MPDM::.

Pada 30hb September yang lalu, Majlis Penghuni Desasiswa Murni telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan. Seramai 50 orang anak-anak yatim telah turut serta bagi memeriahkan majlis ini. Kehadiran penghuni Desasiswa Murni yang masing-masing indah berseri dengan pakaian baju raya mencorakkan majlis ini. Sambutan Hari Raya kali ini merupakan satu evolusi MPDM dalam usaha memantapkan organisasi. MPDM telah sepakat untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya ini sendiri bersama anak-anak yatim untuk membuktikan kemampuan MPDM dalam menjayakan program besar-besaran seumpama ini. Seperti kita tahu, pada tahun lepas MPD Kampus Kesihatan masih bergabung dibawah MPDMN. Ini menunjukkan inisiatif yang cuba digalas oleh MPDM untuk cuba bersaing memantapkan MPD Murni. Pada kali ini, Sambutan Hari Raya dirasmikan oleh Prof. Ahmad Zakaria, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. MPDM juga amat beruntung kerana mendapat sumbangan hamper daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan & Sumbangan Duit Raya daripada Pusat Pengajian Sains Pergigian. Sambutan Hari Raya ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Backdrop hasil usaha exco publisiti & multimedia
Sekitar kaunter pendaftaran
Ucapan alu-aluan daripada YDP MPDM
Cabutan Bertuah
Sekitar Kaunter Makanan Lelaki
Pengacaraan Majlis daripada junior tahun 1
Persembahan pelajar
Persembahan daripada YAATIM
Anak-anak yatim daripada Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan
Bergambar kenangan bersama sebahagian MPDM & peserta yang menjayakan majlis

Pengikut