SELAMAT DATANG

Salam satu Malaysia, Satu aspirasi mahasiswa bersatu,

Laman blog ini merupakan Laman Blog Rasmi Majlis Penghuni Desasiswa Murni USM Kampus Kesihatan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga segala maklumat berkaitan Desasiswa Murni & MPDM dapat disampaikan dengan berkesan melalui blog ini. Sebarang maklumat aktiviti dan perancangan MPDM akan dikemaskini setiap masa melalui blog ini untuk memudahkan penghuni merujuk dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih

Pengumuman MPDM


Masalah Air : Minta kerjasama para penghuni supaya mengumpulkan bahan bukti untuk masalah air. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian Terima kasih.

Masalah Papan Kenyataan : Minta kerjasama semua penghuni dan persatuan supaya menggunakan papan kenyataan dengan berhemat serta menurunkan pengumuman atau iklan yang akitivitinya telah dijalankan. Satu pengemasan papan kenyataan akan dijalankan tidak lama lagi. Tindakan akan diambil untuk mereka yang menyalahguna papan kenyataan. Harap maklum.





_______________________________________











.::Pengagihan Kurma sempena Ramadhan Al-Mubarak::.

Pada 14 September yang lalu, MPDM telah berjaya menjalankan program pengagihan kurma sempena Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Warga Desasiswa Murni. Sebanyak 17 kg kurma telah diagihkan sama-rata kepada semua penghuni desa sebagai satu madah untuk mengeratkan hubungan sesama penghuni desa dan memperkenalkan barisan MPDM yang baru sesi 2009/2010. Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan sesama MPDM disamping menyemai hubungan kerjasama antara ahli. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih jayanya lagi.Insyaallah.

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut