SELAMAT DATANG

Salam satu Malaysia, Satu aspirasi mahasiswa bersatu,

Laman blog ini merupakan Laman Blog Rasmi Majlis Penghuni Desasiswa Murni USM Kampus Kesihatan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga segala maklumat berkaitan Desasiswa Murni & MPDM dapat disampaikan dengan berkesan melalui blog ini. Sebarang maklumat aktiviti dan perancangan MPDM akan dikemaskini setiap masa melalui blog ini untuk memudahkan penghuni merujuk dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih

Pengumuman MPDM


Masalah Air : Minta kerjasama para penghuni supaya mengumpulkan bahan bukti untuk masalah air. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian Terima kasih.

Masalah Papan Kenyataan : Minta kerjasama semua penghuni dan persatuan supaya menggunakan papan kenyataan dengan berhemat serta menurunkan pengumuman atau iklan yang akitivitinya telah dijalankan. Satu pengemasan papan kenyataan akan dijalankan tidak lama lagi. Tindakan akan diambil untuk mereka yang menyalahguna papan kenyataan. Harap maklum.





_______________________________________











.::Sambutan Hari Raya MPDM::.

Pada 30hb September yang lalu, Majlis Penghuni Desasiswa Murni telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan. Seramai 50 orang anak-anak yatim telah turut serta bagi memeriahkan majlis ini. Kehadiran penghuni Desasiswa Murni yang masing-masing indah berseri dengan pakaian baju raya mencorakkan majlis ini. Sambutan Hari Raya kali ini merupakan satu evolusi MPDM dalam usaha memantapkan organisasi. MPDM telah sepakat untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya ini sendiri bersama anak-anak yatim untuk membuktikan kemampuan MPDM dalam menjayakan program besar-besaran seumpama ini. Seperti kita tahu, pada tahun lepas MPD Kampus Kesihatan masih bergabung dibawah MPDMN. Ini menunjukkan inisiatif yang cuba digalas oleh MPDM untuk cuba bersaing memantapkan MPD Murni. Pada kali ini, Sambutan Hari Raya dirasmikan oleh Prof. Ahmad Zakaria, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. MPDM juga amat beruntung kerana mendapat sumbangan hamper daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan & Sumbangan Duit Raya daripada Pusat Pengajian Sains Pergigian. Sambutan Hari Raya ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Backdrop hasil usaha exco publisiti & multimedia
Sekitar kaunter pendaftaran
Ucapan alu-aluan daripada YDP MPDM
Cabutan Bertuah
Sekitar Kaunter Makanan Lelaki
Pengacaraan Majlis daripada junior tahun 1
Persembahan pelajar
Persembahan daripada YAATIM
Anak-anak yatim daripada Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan
Bergambar kenangan bersama sebahagian MPDM & peserta yang menjayakan majlis

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut