SELAMAT DATANG

Salam satu Malaysia, Satu aspirasi mahasiswa bersatu,

Laman blog ini merupakan Laman Blog Rasmi Majlis Penghuni Desasiswa Murni USM Kampus Kesihatan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga segala maklumat berkaitan Desasiswa Murni & MPDM dapat disampaikan dengan berkesan melalui blog ini. Sebarang maklumat aktiviti dan perancangan MPDM akan dikemaskini setiap masa melalui blog ini untuk memudahkan penghuni merujuk dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih

Pengumuman MPDM


Masalah Air : Minta kerjasama para penghuni supaya mengumpulkan bahan bukti untuk masalah air. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian Terima kasih.

Masalah Papan Kenyataan : Minta kerjasama semua penghuni dan persatuan supaya menggunakan papan kenyataan dengan berhemat serta menurunkan pengumuman atau iklan yang akitivitinya telah dijalankan. Satu pengemasan papan kenyataan akan dijalankan tidak lama lagi. Tindakan akan diambil untuk mereka yang menyalahguna papan kenyataan. Harap maklum.





_______________________________________











Program Perdana Pembangunan Lestari: siswa USM bersama masyarakat

Pada 03 Disember sehingga 12 Disember yang lalu, penghuni Desasiswa Murni dengan kerjasama Desasiswa Murni telah berjaya menjalankan program Perdana Pembangunan Lestari: Siswa USM bersama Masyarakat. Desasiswa Murni telah diberi tanggungjawab untuk mengelolakan program ini di Perkampungan Tanjung Gahai, Lipis, Pahang. Bermula dengan sedikit taklimat ringkas pada semua peserta di Desasiswa Indah Kembara, Kampus Induk pada 03-05 disember,program ini diteruskan ke kampung mulai 06-12 Disember. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 10 hari program ini dilaksanakan. Kelainan program baktisiswa kali ini yang cuba disampaikan oleh pihak Universiti ialah terdapatnya projek rakyat iaitu satu program untuk memperkenalkan teknologi hasil penyelidikkan para saintis universiti bagi manfaat kepada penduduk kampung. Pada 06 Disember, simbolik penyerahan anak angkat telah dijalankan serentak dengan 11 lagi desasiswa USM. Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, Pahang. Selepas majlis ini, setiap desasiswa bergerak menuju ke destinasi kampung masing-masing. Pada sebelah petangnya, simbolik penyerahan anak angkat pula dilakukan di Dewan Kampung Tanjung Gahai. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah: Gotong-royong, perhiasan landskap, membina batu tanda, kenduri sekampung, mini ekspo, pertandingan mewarna, sukan rakyat,sukaneka, Malam bacaan yasin dan tahlil, projek rakyat, jelajah pekan bersejarah Lipis, lawatan ke agropolitan Gahai (nanas),Malam kebudayaan dan malam penutup. Kesemua aktiviti yang telah dijalankan telah berjaya pempamerkan konsep LESTARI yang diwar-warkan oleh pihak Universiti. Kami telah berjaya mengurangkan penggunaan plastik dalam pembungkusan hadiah, peralatan sukanrakyat & sukaneka. Diharapkan aktiviti seumpama ini akan terus diadakan pada masa hadapan kerana dirasa telah memberikan impak yang positif kepada semua. Insya'Allah
Banner Baktisiswa Desasiswa Murni
Majlis Simbolik penyerahan Anak Angkat di MPB Pahang
Majlis simbolik Penyerahan anak angkat di Kg Tanjung Gahai
Taklimat Projek Rakyat oleh En Tajuddin Azman bin Mohamad
Batu tanda program baktisiswa Desasiswa Murni di persimpangan masuk Kg Tanjung Gahai
Aktiviti mewarna semasa Mini Ekspo dijalankan
Pasukan Tarian Desasiswa Murni sempena Majlis penutup & Malam Kebudayaan
Bersama keluarga angkat di batu tanda yang telah siap dibina
Gotong- royong untuk kenduri sekampung pada sebelah malamnya
Aktiviti sukan rakyat (Tarik tali) Lawatan ke Agropolitan Nanas Gahai
Aktiviti Sukaneka bersama kanak-kanak

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut